Sabtu, 21 April 2012

:::CinTa teRakhiR:::



“Biarlah Allah menjadi cinta pertamaku..
dan dirimu..akan bersemadi di dalam hatiku..
untuk CINTA TERAKHIRku..”



Bab 1

Sofea termenung memikirkan kiraan hari yang bakal dia tinggalkan kampong halamannya. Bukan untuk beberapa bulan..tetapi..empat lima tahun. Itulah impian ibu dan ayahnya untuk melihat anaknya belajar diperantauan orang.

“Sofea..” panggil ibuku.

Sofea menoleh ke arah muka pintu bilik tidurnya.

“Mama nak keluar sekejap. Ada urusan. Sofea nak pesan apa-apa?” soal ibu. Aku hanya menggeleng tanda tidak.
“Fea tak nak ikut sekali ke?” soal Encik Dannish. Puan Alisya menggeleng. “Dia mesti sedih tak lama dah dia duduk dekat sini..” kata ibu.

Sofea mengemas sisa-sisa barang yang perlu dia masukkan ke dalam bagasi dan kotak. Matanya melilau melihat sekeliling bilik tidurnya. Keluhan ringan dilepaskan.

‘Ya Allah..benarkah keputusanku untuk meninggalkan mama dengan papa ya Allah??’ hatiku berbisik perlahan.
“Tahniah Sofea..” berulang-ulang tetamu yang hadir mengucapkan tahniah.

Sofea hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

“Assalamualaikum..” Aku menoleh ke arah suara itu. Oh. Jehan, sahabat sekolahku yang sering diperkatakan denganku. Rimas. “Waalaikumussalam. Ingatkan tak datang tadi. Tak nampak pula dengan diorang..” kataku. “Aku datang lambat sikit. Ermm..tahniah. Tak sangka ada juga kawan sekolah kita yang akan berangkat ke luar negara.” kata Jehan. Aku hanya tersenyum. “Mungkin rezeki aku. Doakanlah semuanya dipermudahkan.” kataku. “Aku sentiasa mendoakan kau.” katanya.

“Sofea…” berkumpulan sahabat-sahabatku datang menyerbuku. Aku meninggalkan Jehan. “Fea..tahniah. Sedihnya tak dapat nak lepak dengan kau dah. Sedihnya.” luah sahabat baikku, Busyra. “Janganlah sedih-sedih..berat aku nak tinggalkan korang semua.” “Tulah aku dah cakap dah. Busyra degil. Orang nak hantar kau dengan kegembiraan. Ni menangis-nangis pula.” kata Lisa.
Sofea menyimpan semua gambar-gambar yang diambilnya ketika majlis kesyukuran semalam. ‘Ding Dong..Mesej masuk..’ deringan telefon bimbit. Sofea menoleh ke arah telefon bimbitnya.

“Salam. Maaf mengganggu kau. Esok kau nak berlepas dah. Aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah apa-apa pada kau. Dan ada sesuatu yang aku nak beritahu kau. Aku harap kau takkan membenci aku. Aku sukakan kau dan aku akan tunggu kau sehingga hati kau betul-betul dapat menerima kehadiranku..Semoga perjalanan kau ke sana selamat dan jaga kesihatan kau dekat sana nanti. ~Jehan”
  
Sofea memadam mesej yang diterimanya. ‘Ya Allah..kau jauhkan perbuatan ini daripadaku. Sesungguhnya hatiku hanyalah milikMu..’ desis Sofea.

“Jaga diri ya sayang mama. Bila dah sampai nanti call mama..” kata ibu. Sofea menahan air matanya daripada menitik. Dia tidak mahu menampakkan dirinya juga berat untuk meninggalkan mereka. Abangku mengusap kepalaku. “Jaga diri. Jangan ngorat-ngorat.” usiknya. Ish..jauh sangat usikan itu. Aku tidak menggemarkan usikan itu. Aku menyalam tangan kedua-dua orang tuaku. ‘Ya Allah..Kau pelihara ibu bapaku. Kau jangan tarik nyawa mereka sebelum sempat aku berbakti kepada mereka.’ doaku di dalam hati. Keluargaku menghantar aku dengan lambaian kasih dan berat untuk melepaskan aku pergi.

“Sofea.” sergah sahabatnya.

Sofea mengucap istighfar. “Kamila. Kau ni teruklah.” kata Sofea.

“Kaulah yang teruk. Dari tadi aku masuk kau termenung jauh. Aku usiklah kau.” kata Kamila lalu duduk memeluk bahu sahabatnya. “Kau kenapa?” soalnya.

Sofea menggeleng lalu tersenyum. “Tak ada apa-apalah. Cuma teringat dekat mama dengan papa aku.” kata Sofea. “Oh. Patutlah termenung jauh. Dah sampai Malaysia rupanya. Eh. Dah jam 7 ni. Program dekat dewan. Pergi tak?” soal Kamila. Sofea mengangguk. “Aku nak siap sekejap.” kata Sofea. “Ok.”

Berkumandang lagu ‘Sebuah Pertemuan’ apabila memasuki dewan itu. Urus setia sibuk menguruskan dewan itu.

“Sofea..” Sofea menoleh. Seorang senior menghampirinya.

“Nak minta tolong Sofea sekejap boleh tak?” soal senior itu. Aku hanya mengangguk.

Sofea membantu senior itu mengangkat cenderahati para tetamu yang hadir ke dalam bilik.

“Nak letak mana ni?” soal senior itu kepada seorang pelajar senior lelaki yang sedang menguruskan latar belakang pentas. Lelaki itu menoleh. Serentak aku masuk ke dalam ruangan bilik belakang itu. ‘Astaghfirullah..’ istighfarku di dalam hati. “Tak apa. Tinggalkan dekat situ. Nanti saya uruskan.” kata lelaki itu. Aku segera meletakkan cenderahati itu. “Sofea..” panggil seniorku. Langkahku terhenti sebentar lalu aku menoleh. Lelaki itu memandang ke arahku. Aku segera menepis pandangan itu. “Terima kasih tolong saya..” kata seniorku. Aku hanya mengangguk.

Kamila menarik selimut. “Oh..lelaki tu. Tak silap aku dia senior tahun tiga engineering. Kenapa?” soal Kamila. “Tak adalah..selama aku duduk dekat sini aku tak nampak pula dia.” kata Sofea menutup buku pelajarannya. “Haa..patutlah kau tanya. Pelik juga dengar kau tanya pasal lelaki ni.” kata Kamila. “Dia baru balik dari kampong halamannya. So tulah pasal kau tak pernah nampak dia.” sambung Kamila. Sofea sekadar mengangguk.

“Sofea Humaira kan?” sapa seseorang dari arah belakangnya.

Sofea dan Kamila menoleh. Kamila memandang sahabatnya.

“Abang Syafiq..” kata Sofea. Kamila bertambah hairan. Ho..senior Syafiq menjadi kegilaan ramai kerana kepakarannya bermain biola dengan lembut dan paling penting kerana wajahnya.

“Kenapa Fea tak beritahu Fea sambung belajar dekat sini?” soal Syafiq.

“Tak jangka pun. Mama dengan papa yang uruskan semua. Tahu-tahu Sofea diterima.” kata Sofea.

“Baguslah..nanti kalau ada yang cuba usik Fea..abang ada..” kata Syafiq. Sofea hanya tersenyum.

“Abang sepupu kau? Si hansem tu abang sepupu kau?” Kamila masih inginkan kepastian. Pasti Kamila salah seorang peminat abang sepupunya.

“Ada change lah aku nak mengorat dia.” kata Kamila sudah berangan jauh.

“Dia dah ada yang miliki hati dia. Payah kot. Abang Syafiq tu setia orangnya.” kataku kepada sahabat baikku.

Dia muncung. Frust agaknya. Biarlah. Menggatal sangat si Kamila ni..desisnya sambil tersenyum.


Bab 2

“Adik sepupu kau?” soal Akram, senior kejuruteraan yang diperkatakan oleh Kamila dan Sofea tempoh hari. Syafiq mengangguk. “Adik sepupu aku yang paling cantik dan manis.” kata Syafiq. Ada maksud tersembunyi? Pasti tidak. Akram tersenyum melihat sahabat serumahnya. “Ai..ada hati ke dekat budak tu?” usik Akram. Syafiq ketawa. “Ai siapa tak nak kalau orangnya baik macam tu.” jawab spontan daripada Syafiq. Akram memandang sahabatnya.

“Aku berguraulah. Percaya ke?” kata Syafiq. Akram menjeling sahabatnya. “Suspen je kau ni.” kata Akram.

Kamila mengepit lengan Sofea.

“Kau ni kenapa?” soal Sofea. “Aku saja nak ikut kau..” kata Kamila. Sofea menggeleng. “Gatal juga kau ni..” kata Sofea mencuit Kamila. Mereka berjalan seiring ke kelas.

‘Salam..apa khabar kau dekat sana? Tak silap aku hampir tiga bulan kau dekat sanakan? Hah pasti kau dah hebat berbicara English. Maaf jika emel aku ni menganggu kau tapi, terasa kehilangan seorang sahabat apabila lama kau mendiamkan diri. Mungkinkah mengenai mesej aku yang dulu. Maafkan aku jika disebabkan itu kau terasa tidak selesa denganku. Maafkan aku. Jaga diri di sana.~Jehan’
Sofea membuang mesej itu. Dia tidak mahu hatinya terikat dengan fitnah seperti itu.

‘Ya Allah..Kau sucikan hatinya kembali ya Allah.’ detisku.

“Fea..jom teman aku pergi library sekejap.” ajak Kamila. Aku mengangguk. Alang-alang aku ingin mencari bahan untuk pembentangannya minggu hadapan.

“Aku nak cari buku sekejap. Jangan tidur. Study..do not sleep !” pesan aku kepada Kamila.

“Ya..aku tak tidur!” kata Kamila.

Sofea berjalan ke bahagian Business management. Banyak kerjanya untuk diselesaikan. Madamnya ingin dia bentangkan pengurusan perniagaan antarabangsa. Aah payah. desis hatinya. Matanya mengilau mencari buku International Business Management itu, “Mana pulalah buku ni menyorok.” kataku sendirian.

Mataku terhenti pada satu buku. “Alhamdulillah..lega hati aku.” Aku mencapai buku tersebut. Terpaku mata aku terpandang sepasang mata yang khusyuk menelaah buku. ‘Aku kenal mata tu..’ detis hatiku. Mata yang memandangku tempoh hari. ‘Astaghfirullah..Ya Allah..ampunkan dosaku..’ Sofea segera menepis pandangan itu. Dadanya berdebar kencang. Terasa berdosa memandang sepasang mata yang dimiliki oleh lelaki itu.

Sofea menangis memohon ampun. Dia terasa berdosa. “Ya Allah..ampunkan dosaku..” Kamila mamai menggaru kepalanya. “Fea..” Sofea mengesat air matanya. “Erm..” “Kau menangis ke? Ada masalah ke ni?” soal Kamila. “Eh..tak adalah. Kenapa kau bangun ni? Awal lagi ni.” kata Sofea. “Aku dengar suara kau serak.” kata Kamila. “Tak adalah. Aku sejuk ni. Selesema ni.” kata Sofea.

“Mata kau bengkak.” kata Kamila. Aku menoleh ke arah cermin.

“Nampak sangat ke?” soalku. Kamila mengangguk.

“Macam lepas menangis.” kata Kamila.

“Sofea..” suara yang amat aku kenali. Aku menoleh. Kelihatan wajah abang sepupuku hairan. “Sakit mata ke?” soal Syafiq. Sofea sekadar mengangguk. “La..kenapa tak bagitahu abang. Dah letak ubat ke?” soal Syafiq. “Dah. Abang jangan risaulah. Fea bukan budak lagi.” kata Sofea. Mata Sofea terkalih ke arah seorang lelaki yang datang menghampiri mereka.

“Fiq. Jom. Kelas.” kata lelaki itu. Sofea segera menunduk. Dia cam sepasang mata itu. “Oh. Before that. Aku kenalkan. Ni adik sepupu aku. Fea..dan Fea..ni best friend abang. Akram.” kata Syafiq. Sofea hanya menunduk. “Fea pergi dulu. Ada kelas.” kata Sofea lalu beredar. “Asal adik sepupu kau pakai cermin mata tu?” soal Akram. “Matanya sakit.” balas Syafiq. Akram menoleh melihat Sofea berjalan meninggalkan mereka.

Dushh..Sofea terjatuh. “Maafkan saya..” kata seorang perempuan.

“Fea..” Kamila membantu aku bangun. “Ok tak ni?” soal Kamila. Aku sekadar mengangguk.

“Maafkan saya..saya tak perasan awak ada.” kata perempuan itu. “Tak apa..saya pun minta maaf.” kataku. “Junior baru dekat sini ya?” soal perempuan itu lagi. Aku sekadar mengangguk. “Saya Wardah..pelajar engineering tahun tiga.” katanya memperkenalkan diri. “Saya Sofea..dan ni Kamila.” kataku. “Ambil kos apa ni?” soal Wardah. “Business..” jawabku. Wardah menoleh ke arah Kamila. “Sama dengan dia.” balas Kamila. “Erm..Saya kena pergi dulu ni. Ada kelas.” kata Wardah. Aku dan Kamila sekadar mengangguk. “Minta maaf sekali lagi.” kata Wardah.

“Dah lama tunggu?” soal Wardah sambil mengambil tempat di sebelah Akram. Akram menggeleng. “Tak lama pun.” kata Akram. “Sorry tau. Tadi I terlanggar junior baru.” kata Wardah. Akram sekadar mengangguk. “Syafiq mana?” soal Wardah. “Dia tak masuk kelas hari ni. Ada kerja dia uruskan sekejap.” kata Akram.

Sofea berjalan menuruni tangga fakultinya. “Hey kid!! “ Sofea menoleh.

You looks beautiful..can you go out tonight with me?? “ sekumpulan mat salleh ketawa berdekah-dekah mengusikku. “I’m sorry..I have to go..” Sofea cuba beredar. “Hey..sweetie..We just kidding..” kata salah seorang daripada mereka sambil lenganku ditarik. Sofea menepis keras tangan itu. “Don’t be rude! I’m warning you! ” Mereka ketawa berdekah-dekah.

Hey..she’s my girlfriend. Don’t make fun with her..” Mereka menoleh ke arah suara itu. Aku juga.
‘Ya Allah..dia selamatkan aku..Terima kasih Ya Allah.’ desisku. “She’s your girlfriend? Why you not tell us early? Miss..we’re sorry..” kata mereka. “Jom..” panggil lelaki itu. Aku menyusulnya.

“Terima kasih..” kataku. Kekok. “Diorang suka ganggu student kita. Lagi orang macam awak. Bertudung.” katanya. Aku sekadar membisu mendengar katanya. “Saya hantar awak ke asrama.” katanya.

Kamila menghela nafas mendengar kisahku. “Lainkali aku tak nak bagi kau balik sendiri dah. Kalau jadi apa-apakan susah.” kata Kamila. “InsyaAllah..Allah sentiasa melindungi kita.” kataku. “Siapa yang tolong kau tadi?” soal Kamila. “Senior Engineering..” kata Sofea. “Akram?? Wah..beruntungnya.” kata Kamila. Sofea mengerut dahi. “Untung?” “Yelah..semua lelaki kacak sini dekat dengan kau.” kata Kamila. “Merepeklah kau ni. Aku nak pergi mandi dulu.” kata Sofea.

Akram mengemas begnya. “Kram..” panggil Syafiq. Akram menoleh. “Aku dengar geng John tu usik adik aku ya?” soalnya. Akram mengangguk. “Ermm..Tapi untung juga adik kau tu pandai menjawab. Tak adalah diaorang usik lebih-lebih.” kata Akram. “Risau pula aku dengan adik aku tu.” luah Syafiq. “Adik kau tu keras orangnya. Jangan risaulah.” kata Akram. “Aku nak jumpa dia kejap.” kata Syafiq. Akram menoleh melihat sahabatnya beredar.

I’m sorry I have to go.” Sofea beredar. “Don’t be rude! I’m warning you.” Akram bersandar di bahu katilnya. Jelingan Sofea benar-benar tajam. Akram tersenyum sendirian lalu dia menggelengkan kepalanya.

Langkah Syafiq terhenti.

“Erm..Tapi untung juga adik kau tu pandai menjawab. Tak adalah diaorang usik lebih-lebih.” kata Akram

‘Macamana Akram tahu pula ni?’ desisnya sendirian.

Sofea keluar. “Abang Syafiq..” panggil Sofea. Syafiq menoleh.

“Sofea ok ke?” Sofea memandang hairan. “Ok?” “Abang dengar Fea kena usik tadi.” kata Syafiq. “Oh..hal yang tu ke? Alhamdulillah..Allah lindungi Fea. Mana abang dengar kisah ni??....” Sofea mengetap bibir. “Kamila bagitahu abang ya?” Syafiq sekadar mengangguk. “Suka mengadulah. Abang jangan risaulah. Sofea ok je. Tadi pun Alhamdulillah..ada orang tolong Fea.” kata Sofea.
Thanks buddy..” ucap Syafiq. Akram menoleh. “Thanks for what ?” soal Akram semula. “Kau tolong adik aku tadi..” kata Syafiq. “Benda kecil je tu. Tak ada masalah pun.” kata Akram lalu dia menyambung pembacaannya. Syafiq melihat sahabatnya.

Dia bukan jenis ambil tahu halo rang lain. Kes budak perempuan kena kacau dulu. Dia langsung tak pedulikan. Mungkin sebab Sofea adik aku..desisnya menyedapkan hatinya.

Akram berjalan menaiki tangga perpustakaan utama. Langkahku terhenti sebentar melihat seseorang yang membantuku tempoh hari.

Kami masing-masing berlalu tanpa menegur. Ya dia orang yang sama di dalam bilik belakang pentas. Pemilik sepasang mata yang membuatkan aku terleka sebentar.

‘Ya Allah..ampunkan dosaku.’ doaku.


Bab 3

“Assalamualaikum mama..” “Waalaikumussalam..Fea. Apa khabar anak mama?” gembira mendengar suara anaknya. “Alhamdulillah..mama dengan papa macamana? Sihat?” soalku. “Alhamdulillah. Kami baik-baik dekat sini. Sofea macamana belajar?” soal ibuku lagi. “Setakat ni baik. Mama. Minggu lepas, Fea baru je jumpa dengan abang Syafiq. Abang Syafiq baru balik dari England. Bercuti. Mak Ngah tak beritahu Abang Syafiq ke yang Fea sambung belajar dekat sini?” soalku lagi. “Mungkin Mak Ngah lupa. Macamana dengan Syafiq? Mesti bertambah hansem kan? Dah lama Syafiq tak balik.” kata ibu. “Erm. Ramai peminat dia. Termasuklah Kamila.” kata Sofea. Kedengaran suara mama ketawa dihujung talian. Rindu pada mama.

“Sofea..” panggil Kamila. Sofea menoleh.

“Jom. Ada perjumpaanlah. Aku dengar daripada senior bilik sebelah.” kata Kamila.

Sofea duduk. Jantungnya berdebar. Patutlah. Lelaki itu ada betul-betul di hadapannya.

“Fea kenapa pucat tiba-tiba ni?” soal Kamila. Aku menggeleng. “Pucat ke? Mungkin aku kurang minum air ni.” kataku. “Aku belikan air untuk kau sekejap.” kata Kamila. “Tak payah. Balik nanti aku minum. Aku ok je.” kataku lagi. Aku terasa ada sepasang mata yang melihatku dari jauh.

‘Ya Allah lindungi aku ya Allah.’ desisku. Aku menoleh ke arah lain. Ya benar. Ada yang sedang melihatku. Ya Allah adakah itu satu dosa ya Allah. Ampunkannya..dan ampunkanku. Sepasang mata itu mengalihkan pandangannya sebaik mata kami bertembung. Aku juga. Tidak sepatutnya aku menoleh ke arah itu.
‘Ya Allah. Kau lindungi hatiku. Kau lindungi diriku daripada sebarang fitnah dunia. Aku mohon ya Allah.’ doaku. Kamila melihat aku dengan penuh pertanyaan. Aku kelihatan berbeza dari sebelum ini.

“Sofea.” Aku menoleh melihat sahabatku. “Kau ada masalah yang tak cerita apa-apa dengan aku ke?” soal Kamila. Sofea menggeleng. “Kenapa?” soal Sofea. “Aku tengok kau macam ada masalah je. Ceritalah. Aku tak selesa tengok kau macam ni.” kata Kamila. “Mila. Kau jangan risau ya. Aku ok je.” kata Sofea.

“Tapi janji kalau kau ada masalah..bagitahu aku ok.” Sofea menghela nafas keluh mengingatkan pesanan sahabatnya. Mana mungkin rasa hatinya diceritakan kepada orang lain. Payah jika tersebar perasaanku tersebar seperti angin. Fitnah akan tercipta serta merta. ‘Ya Allah..’

“Sofea..kan?” sapa seorang perempuan. Aku memandangnya. Oh. Senior tempoh hari, yang melanggar aku. Tapi.. “Sofea termenung apa ni?” soal Wardah. Aku sekadar tersenyum. Lelaki itu memandang ke arahku. “Sofea ada masalah ya?” soalnya lagi. “Tak adalah. Cuma nak ambil angin luar sekejap sebelum nak masuk kelas kejap lagi.” kataku. “Oh. Kalau macam tu, kami balik dulu ya. Jumpa lagi.” kata Wardah. Sofea mengangguk.

Kelibatnya semakin pudar daripada pandanganku. Mereka akrab. Wajah mereka langsung tiada kesamaannya. Sekali lagi jantungku berdegup pantas. Apa hubungan mereka..? soalan itu muncul di dalam hatiku.

“Oit..” Sofea tersentak.

Syafiq ketawa berdekah-dekah. “Aik? Jauhnya termenung sampai abang dekat belakang pun Fea tak perasan?” kata Syafiq.

Sofea mengetap bibir. Geram pula dengan abang sepupunya. “Abang tak ada kelas ke?” soal Sofea.

Syafiq mengangguk. “Ni Sofea tunggu apa? Ada kelas lagi ke lepas ni?” soal Syafiq. Giliran Sofea pula mengangguk.

“Erm. Kalau macam tu biar abang tunggu Fea habis kelas. Kita balik sama-sama.” kata Syafiq.

Perjalanan pulang hanya sepi yang menemani Sofea dan Syafiq. Jauh Sofea memikirkan hubungan lelaki itu dengan Wardah.

“Sofea ada masalah ke?” soal Syafiq. Sofea menggeleng. “Kenapa?” soal Sofea kembali. “Abang tengok Sofea lain macam je. Banyak termenung sekarang. Dah minat sesiapa ke?” usik Syafiq. Sofea menggeleng. “Mengarutlah. Tak ada maknanya nak minat dekat orang buat masa sekarang.” kata Sofea. Syafiq tersenyum.

Kamila mengintai-intai Sofea. “Kau kenapa?” soal Sofea yang sibuk membuat nota latihannya. Kamila tersentak. “Kenapa apa?” Kamila berbuat tidak tahu. “Intai-intai aku..aku buat nota. Bukan surat cinta.” kata Sofea. Kamila mengerut kening. “Macamana kau tahu aku tengah mengintai kau?” soal Kamila. “Kat meja kau ni bukan ada cermin yang boleh tengok katil kau ke?” kata Sofea. Kamila tersenyum kambing. “Betul juga.” kata Kamila. Sofea menggeleng.

Bahu aku dipeluk erat oleh sahabatku. “Kalau kau ada masalah..berkaitan hati, kau banyakkan berdoa dan istikharah. Allah tahu mengatur kau punya perasaan tu. Ok.” kata Kamila. Aku menoleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum manis ke arahku.

“Manusia tak akan lari daripada menyukai seseorang. Ia satu fitrah yang Allah jadikan untuk kita. Tapi..kita kena pandai mengaturnya. Menjauhkannya daripada sebarang perzinaan yang berlaku.” itu pesanan Kamila kepadaku. Kamila bukan calang-calang orang. Dia sendiri menyukai orang tetapi pandai menyembunyikannya dengan rapi. Syafiq..bukan lelaki yang sebenar dia sukai. Aku sendiri tidak mengetahui siapa di dalam hatinya. Bertuah jika aku sepertinya. Raut wajahnya langsung tidak menampakkan gusarnya. Sofea tersenyum sendirian.


Bab 4

“Sofea..sorry aku kena gerak dulu. Ada laporan yang aku kena hantar..Aku lupa.” kata Kamila. Sofea sekadar mengangguk melihat kekalutan sahabatnya.

Wardah menghampiri Sofea. “Nak join Sofea boleh?” soal Wardah. Sofea menoleh lalu dia mengangguk. Wardah duduk di hadapannya. “Dah berapa lama datang sini ye?” soal Wardah. “Erm, dalam sembilan bulan.” kata Sofea. Wardah tersenyum. “Sekejap je masa berlalu. Nanti saya dah habis dah.” kata Wardah. Sofea sekadar mengangguk. Nak habis dah..ya..mereka tinggal satu semester. Mereka…Sofea menghela keluhan. Hampir tujuh bulan lebih dia menyimpan perasaannya. Ya Allah..

“Habis belajar nanti..papa dengan mama saya suruh saya berkahwin.” tiba-tiba Wardah mengucapkannya. Berdebar hati aku mendengarkan hal itu. “Tapi..saya tak mengharapkannya. Saya nak sambung pelajaran saya dulu. Mak ayah saya suruh kahwin supaya ada yang menjaga saya.” kata Wardah. Hah..kenapa dia cerita semuanya..Aku tak ingin mendengarnya….jerit hatiku. “Wardah..” panggil seseorang. Kami serentak menoleh. Aku segera menoleh. Bertambah sakit pula melihat lelaki itu. “Awal awak habis kelas.” kata Wardah. Lelaki itu sekadar tersenyum pada Wardah. “Ermm..I think you know each other right?” kata Wardah sambil memandang kami bersilihganti. Aku sekadar mengangguk. “So. Saya lapar ni. Nak pergi makan tak?” soal Wardah kepada lelaki itu. “Terpulanglah.” katanya. “Join us..” kata Wardah kepadaku. Aku menggeleng. “Saya ada kelas lepas ni.” kataku. “Erm. Kalau macam tu kami gerak dulu.” kata Wardah. Aku mengangguk memberi laluan kepada mereka. Hah lega hati aku. Kenapa tiba-tiba dia bercerita mengenainya. Kenal rapat pun tidak. Ingin sahaja aku lari daripada mendengar kisah mereka.

Syafiq meletakkan begnya. “Baru sampai?” soal Akram yang menjengah dari dapur. “Erm. Aku ingatkan adik aku tu ada kelas petang. Rupanya dia dah habis kelas pukul satu tadi.” kata Syafiq. Pergerakan Akram terhenti. Air paip mengalir keluar. “Dia balik dengan kawan dia.” sambung Syafiq. Akram menyambung membersihkan pinggan mangkuk di dalam sink. [“Saya ada kelas lepas ni”] Kenapa dia berbohong? soal Akram sendirian. Dia terus memulas tombol paip itu. Sofea meletakkan kepalanya di atas bantal empuk miliknya. [“Habis belajar nanti..papa dengan mama saya suruh saya berkahwin.”] Sofea memejamkan matanya. Kata-kata itu merunsingkan fikirannya. Kenapa aku juga dia ceritakan mengenai itu. Kahwin? Ya Allah. Hanya Kau yang mampu kuatkan hatiku. desisku sendirian.

“Hoi!!” sergah Kamila dari arah kananku. Aku mengucap istighfar.
“Mila…Kau ni.” tegurku. Kamila ketawa berdekah-dekah.
“Fea. Kau tu termenung jauh gila. Sampai aku datang dekat kau pun kau tak perasan.” kata Kamila sambil duduk di katilnya. Aku menghela nafas.

“Apa yang merusutkan kepala kau ni? Bagitahu aku. Aku tak sukalah kawan aku ada masalah macam ni.” kata Kamila.
Aku menggeleng. “Aku tak ada masalahlah. Kau tu yang buat aku jadi ada masalah.” kataku.
Kamila ketawa lagi. “Fea. Kita dah duduk sini dah hampir 10 bulan..sembilan bulan 24 hari Fea..Selama hari ni, kau tak berkelakuan macam ni. Termenung? Mustahillah aku nak tengok. Mesti ada sesuatu yang menganggu fikiran kau ni.” kata Kamila.

Ikutkan hati, aku ingin menceritakannya tetapi tak mungkin. Aku tak mahu menjadi fitnah yang akan memalukan diri aku sendiri. “Aku teringat kat rumah je. Ingat hujung sem depan aku nak balik.” tipuku.
“Kalau kau nak balik, aku pun nak ikut baliklah. Tak seronok pula kalau tak ada kawan dekat sini.” kata Kamila.
Hatiku lega. Dia mempercayai kata-kataku tadi.

“Sofea..” langkahku terhenti lalu aku menoleh. Ya Allah..ujian apa Kau berikan kepadaku? desisku. “Saya nak cakap sesuatu dengan awak.” kata Akram. Aku mendiamkan diri sebentar. “Maafkan saya. Saya kena cepat ni, nanti terlewat nak pergi kelas.” kataku. “Saya tahu awak berbohong semalam.” kata Akram. “Itu semalam. Hari ni memang saya ada kelas pagi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” kataku lalu melangkah kaki untuk jauh daripada lelaki itu. Akram tidak menahanku. Alhamdulillah. desis hatiku.

‘Aku tak ada keperluan untuk bercakap dengannya. Ada baiknya aku menjauhkan diri daripada tunangan orang. Menjadi satu fitnah jika aku mendekatinya.’ kataku sendirian.

Syafiq menghela nafas. “Aku kena ikutkan kehendak keluarga aku. Payah kalau nak tolak benda tu.” kata Akram.
“Wardah macamana?” soal Syafiq. Akram menggeleng. “Dia tak membantah.” kata Akram.
“Dia sukakan kau kan?” soal Syafiq lagi. Akram menyandar. “Aku tak tahu. Dia tak pernah kata apa-apa dekat aku.” kata Akram.
“Kau?” soal Syafiq.
Akram menggeleng. “Aku kenal dia dah lama. Dari kami kecil lagi. Aku tak pernah simpan perasaan pada dia. Aku anggap dia macam adik aku.” luah Akram.
“Kau suka pada orang lain?” entah bagaimana soalan itu boleh keluar daripada mulut Syafiq.
Akram menyepi.
“Aku tak tahu apa yang kau simpan dalam hati kau. Tapi..Kau bincang baik-baik dengan Wardah. Mungkin dia satu-satunya yang boleh membatalkan perancangan keluarga kau.” kata Syafiq.

Sofea mengemas meja belajarnya. Kamila sudah terlena.
[“Saya nak cakap sesuatu dengan awak..”] Sofea menghela keluhan. Ujian untuknya.
‘Ya Allah. Kalau dia mempunyai jodoh dengan orang lain, Kau jauhkannya daripadaku. Aku tak mahu mengundang kemurkaanMu.’ doa Sofea lalu dia ke katilnya. Matanya terpejam rapat.


Bab 5

“Syafiq..makan banyak-banyak. Dah lama Syafiq tak rasa masakan mama.” kata mama. Aku melihat abang sepupuku gemar melayan mamaku. Ingatanku jauh terkenangkan kisah empat tahun lalu. Pasti dia sudah bahagia disamping si isterinya. Aku tersenyum sendiri.

“Wah sekejapnya rasa Sofea belajarkan?” kata Syafiq. “Erm. Sofea tak rindukan Malaysia ke? Langsung tak balik tiga tahun.” kata Dyana, sepupuku. “Rindulah. Mustahillah. Banyak khazanah dekat Malaysia ni.” kataku. Dyana ketawa. “Khazanah? Khazanah cinta ya?” usiknya. Aku sekadar ketawa.
“Sofea dah berpunya ke ni?” soal Syafiq. Aku menggeleng. “Dyana mengarut.” kataku. “Kalau betul pun apa salahnya. Umur dah 24 tahun. Kena kahwin cepat. Bila lagi mama kau nak timang cucu.” usik Dyana lagi. Ahhh..malas aku nak layan minah seorang ni..desisku.

Kamila memarkir keretanya. “Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..Masuk Mila..” jemputku. Rindu pula aku rasa tidak berjumpa dengan sahabat suka dan dukaku saat aku jauh daripada keluargaku. Kamila masuk setelah pintu pagar aku buka. Kami berpelukan. “Kau apa khabar?” soalku. “Aku macam ni je. Sihat. Kau?” soal Kamila. Sofea ketawa. “Sihat Alhamdulillah.” kataku. “Jom masuk.”

“Hari ini biar aku bayarkan untuk kau..ok?” kataku. “Ok. Tapi janji. Lepas ni biar aku bayarkan pula.” kata Kamila. Aku sekadar mengangguk. “Aku pergi bayar sekejap ya.”

‘Dushh..’ “Maaf encik.” kataku lalu mengambil kad kreditku yang sudah jatuh ke lantai restoran itu.
“Cik tak apa-apa ke?” soal lelaki itu.
Aku bangun. Ya Allah..apakah pula ujianMu ini? Setelah tiga tahun. Aku terjumpanya kembali.
“Sofea..” katanya. Aku sekadar mengangguk. “Tak sangka. Awak dah tamat belajar ke?” soalnya. “Erm. Saya baru balik Malaysia dua bulan lepas.’
“Kau jumpa siapa tadi?” soal Kamila. “Senior kita dulu. Erm. Siapa nama dia..Akram.” kataku sengaja aku berlakon tidak mengingati nama lelaki itu.
“Oh. Bertuahnya kau dapat jumpa dia. Kau tahu kisah dia?” soal Kamila. “Tak perlu tahu kot.” kataku sambil tersenyum.
Kamila menjelingku. “Aku tahu kau punya perangai.” kata Kamila. “Jom. Nak jalan lagi tak ni?” aku tak mahu mendengar kisah yang menyakitkan hatiku. Pasti dia bahagia disamping keluarganya. Maklumlah. Hampir tiga tahun mereka mendirikan rumahtangga. Biarlah dia menjadi kenangan yang bukan untuk diingati.

Encik Dannish menyepi sebentar. “Apa-apapun keputusannya, kita kena tanya dulu dekat Sofea. Sofea berhak menentukannya” kata Encik Dannish. Encik Azman dan isterinya mengangguk. Benar kata Encik Dannish. Bukannya mereka yang ingin berkahwin tetapi anak-anak mereka.
“Bukan Sofea tolak. Tapi Nabi sendiri tak menggalakan umatnya berkahwin dengan keluarga. Abang Syafiq memang seorang lelaki yang baik dan penyayang.” luah Sofea.
“Mama tahu maksud Sofea.” kata Puan Alisya. “Mama dengan papa buatlah keputusan. Mana yang baik Sofea ikut.” kata Sofea.
“Mama nak tanya Sofea sesuatu..” Sofea mengangguk. “Sofea ada sukakan sesiapa?” soal Puan Alisya.
Sofea mendiamkan dirinya.

Syafiq merebahkan tubuhnya di atas katil empuknya. [“Mama dengan papa buatlah keputusan. Mana yang baik Sofea ikut.”] [“Sofea ada sukakan sesiapa?” Sofea mendiamkan diri.] Dia terus memejamkan matanya.

Sofea meninjau syarikat bapanya. Dia memohon kekuatan kepada Illahi di dalam hatinya. Bagaimana dia ingin menguruskan syarikat besar bapanya.

“Fea. Ni bahagian kejuruteraan elektronik.” kata papa. Aku hanya mengangguk.
“Encik Dannish.” sapa pekerja papa. Aku melihat sekeliling. Dup..dup..dup.. Degupan jantungku deras melihat seseorang yang amatku kenali. ‘Ya Allah..”
“Akram..” sudah. Apa pula kali ini. Kenapa papa memanggil dia. desisku. Akram menghampiri kami. Dia langsung tidak menoleh ke arahku.
“Encik Dannish.” “Kenalkan Fea. Ni Akram. Papa rasa kamu kenalkan? Dia housemate Syafiq.” kata papa.
Akram menoleh ke arahku. Aku sekadar mengangguk. “Dia senior Fea.” kataku.

“Dia pekerja papa yang paling papa kagum..” kata papa ketika kami berjalan ke pejabat papa.
“Kagum? Kenapa pula?” soalku.
“Dia seorang pekerja muda yang tepati masa, dan dia tak pernah ambil kesempatan. Dah hampir dua tahun dia kerja dengan papa. Papa ada dengar kisah dia. Papa tahu dia asal daripada keluarga macamana. Dia nak hidup berdikari.” cerita papaku.
Aku sekadar memasang telinga. ‘Ya Allah..ujian apakah Kau letakkan aku ini. Kau kuatkan imanku ya Allah.’ doa Sofea.

[‘Tahniah..Cik Sofea. Selamat bekerja.’] Aku membaca mesej yang baruku terima. Nombor tidak dipamerkan. Sangkaanku Jehan. Tapi bagaimana dia tahu aku sudah pulang. Mama dan papa tidak memberitahu sesiapapun mengenai kepulanganku.
“Fea..” panggil mama. Aku segera memadamkan mesej yang kuterima lalu terus aku keluar dari bilikku.
“Ya mama..” “Syafiq datang nak jumpa Fea.” jerit mama dari tingkat bawah.

“Abang Syafiq..” Syafiq menoleh ke arahku lalu dia tersenyum manis.
“Sofea buat apa? Abang ganggu Fea ke?” soal Syafiq. Aku sekadar menggeleng.
“Abang nak bincang sikit dengan Sofea. Boleh?” soal Syafiq lagi. “Mengenai pinangan tu ke?” soalku kembali.
Syafiq mengangguk. “Maafkan Sofea..” kataku.
Syafiq tersenyum. “Kalau boleh..abang nak tahu. Sofea ada sukakan orang lain ke?” soal Syafiq.
Aku menghela nafas. Soalan itu tak dapat aku jawab kepada sesiapapun, termasuk hatiku sendiri.
‘Siapa yang memiliki hatiku kini? Kosong. Pemiliknya adalah Allah. Ya..Dia pemilik kekal hatiku.’ desisku.
Sofea menggeleng. “Sofea tak sukakan sesiapa. Sofea ikutkan keputusan mama dengan papa. Kalau kita ada jodoh. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segalanya.” kataku.
“Terima kasih.” kata Syafiq. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum ke arah laman rumahku.
“Sebab jujur dengan abang..” dia mengerti pandanganku.

Jujur? Entahlah. Aku rasa aku menipu diriku sendiri. Aku sendiri tak tahu perasaanku terhadapnya.

Akram Hazril..dia yang memiliki hatiku tanpa disedari. 


Bab 6

“Selamat datang Cik Sofea Humaira.” ucap setiausahaku. Aku tersenyum padanya. “Erm. Saya ni baru lagi. Jadi minta Cik Yasmin berikan tunjuk ajar dalam syarikat ni.” kataku. “Saya akan membantu Cik Sofea selagi mana saya boleh tolong cik.” kata Yasmin.

‘Tok..tok..’ “Masuk..” “Lunch Time Cik Sofea..” kata Yasmin. Sofea mengangguk. Belum sempat Sofea menutup fail yang sedang disemaknya, sudah bordering telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum bos..” usik Kamila. “Waalaikumussalam. Kau kat mana?” soal Sofea. “Em. Aku ada dekat depan office kau ni. Nak lunch tak?” soal Kamila. “Erm. Tunggu sekejap. Aku turun.” kata Sofea. “Ok.”

Sofea menekan butang lif. Dikerling jam tangannya. “Sofea.” sapa seseorang. Sofea menoleh. “Ak..Akram.” Asal pula aku gagap ni. desis Sofea.
“Nak pergi lunch ke?” soal Akram. Sofea mengangguk. ‘Ting..’ “Nak masuk sekali ke?” soal Sofea. “Its ok. You go first.” kata Akram. Sofea lega. Ya Allah. Terima kasih. desis Sofea.

Kamila menghirup kopi yang dipesannya. “Aku gementarlah nak uruskan syarikat papa.” luahku. “Fea. Nama pun belajar. Kau kenalah perlahan-lahan. Kalau ada apa yang kau tak tahu. Kau tanya pada papa. Atau kau boleh minta tunjuk ajar pembantu kau.” nasihat Kamila. Aku mengangguk faham. “Sofeakan?” tegur seseorang. Aku dan Kamila serentak menoleh.
Jehan tersenyum ke arahku.
“Dah lama sampai Malaysia?” soalnya. “Jehan. Erm. Aku sampai dua bulan lepas.” jawabku. Kamila hanya memerhati kami. “Tak sangka dapat jumpa kau dekat sini. Sekarang kau buat apa?” soal Jehan. ‘Pelik. Kalau dia sendiri menyoalkan keadaanku sekarang, siapa yang menghantar ucapan itu tempoh hari.’ soalku sendirian. “Aku dah masuk syarikat papa aku.” kataku. “Oh. Tahniah.” kata Jehan. “Oh. Kenalkan ni. Kamila. Kawan aku waktu aku di England.” sambungku. Jehan dan Kamila sekadar tersenyum.

“Siapa Jehan tu? Kau tak pernah cerita dekat aku pun.” kata Kamila. “Dia kawan sekolah aku. Yang membuatkan aku rimas sepanjang aku belajar.” jawabku sambil lewa. “Rimas? Kenapa?” soal Kamila. “Aku tak tahulah. Tak payah cakap pasal dialah.” kataku. “Ok.” “Eh. Tu..senior kita.” kata Kamila tiba-tiba. Aku menoleh. “Kenapa dengan dia?” aku memaling daripada melihat lelaki itu. “La. Aku ternampak dia. Aku bagitahulah kau. Baru-baru ni kau jumpa dia kan?” kata Kamila. “Ermm..Dia kerja dengan company papa aku.” kataku. “Beruntungnya kau.” kata Kamila. Aku memandang wajah sahabatku. ‘Beruntung? Kenapa pula?’ soalku sendirian.

Kata-kata Kamila mengganggu fikiranku. Beruntung? Selama hari ini tak pernah Kamila mempamerkan riak wajah seperti itu. ‘Adakah..Akram lelaki yang dia sukakan selama ini?’ soal hatiku sendiri.

[“Aku ni suka semua orang. Tapi..dia bukan aku suka. Lebih sikit daripada orang lain.” kata Kamila.]
Sofea tersedar daripada mimpinya. Ya dia ingat kata-kata Kamila. Ketika itu kami baru sahaja pulang daripada majlis perpisahan dengan senior-senior graduate.

“Kamila. Aku nak tanya sesuatu. boleh?” soal Sofea. Kamila mengangguk.
“Kau sukakan senior engineering tu kan?” soal Sofea. Kamila tersentak. “A..apa kau merepek ni?” soal Kamila.
“Aku tak merepek Mila. Aku ingat kau kata..Kau suka semua orang..tapi dia kau suka melebihi orang lain.” kata Sofea.
Kamila ketawa. Tak semestinya dialah. Aku suka orang lain.” kata Kamila. “Mila. Kau cakap dengan aku lepas majlis perpisahan diaorang. Dan dia wakil bagi ucapan untuk senior.” kata Sofea. Kamila terdiam.
“Kau terus terang dengan aku.” kata Sofea.
“Kalau aku bagitahu kau pun. Tak ada makna dah suka tu. Dia dah kahwin pun.” kata Kamila tersenyum pahit.
Ya..Aku ingat Kamila demam seminggu apabila keluar berita mengenai Akram akan berkahwin.

Ya Allah..benarkah? Sahabatku juga menyukainya. desisku.

Sofae menekan butang lif.
[“Kalau aku bagitahu kau pun. Tak ada makna dah suka tu. Dia dah kahwin pun.”] Sofea menghela nafas.

‘Ting’ Pintu lif terbuka. Mataku tertumpu pada penghuni di dalam lif itu. Akram. Aku menoleh melihat skrin, dari tingkat parkir bawah tanah. Aku masuk dengan keluhan. ‘Ya Allah lindungi hatiku.’ desisku.
Akram membisu begitu juga aku.

Aku segera keluar setelah lif itu berhenti di tingkat ku. Langkahku kuatur tenang. Lelaki itu juga berhenti di tingkatku.
‘Dia bukan tingkat ni.’ detisku. “Cik Sofea..” tahan Yasmin. Aku menoleh.

Yasmin memberikan fail yang dikehendakiku.
‘Kenapa dia nak buat pinjaman dengan syarikat. Tak salah aku dia ni anak orang kaya.’ detisku. Berkerut dahi aku melihat bilangan nombor pinjaman.
“Ada masalah ke cik Sofea?” soal Akram.
Aku tersentak. “Apa dia?” soalku. “Ada masalah ke dengan pinjaman tu?” soal Akram semula.
Aku menggeleng. “Kalau cik Sofea tak dapat berikan pinjaman pada saya. Saya takkan paksa.” kata Akram.
“Tak. Nanti saya berikan keputusan pada awak. Tapi sebelum tu. Saya nak tanya pada awak sesuatu.” kataku.
Akram mengangguk. “Awak ada masalah kewangan ke?” soalku. Akram sekadar tersenyum kelat.
“Tak apa. Saya tak paksa awak untuk beritahu. Apa-apa nanti saya maklumkan pada awak.” kataku.
“Terima kasih.” katanya.

Hairan..mana mungkin lelaki seperti dia boleh membuang egonya di hadapan junior hingusan yang pernah dia tolong tempoh hari. Apa masalah dia..hatiku ingin mencari jawapan itu.


Bab 7

Encik Dannish menandatangani surat permohonan pinjaman itu.
“Papa tahu masalah dia ke?” soal Sofea.
“Dia anak Tansri Ismail. Tapi papa sendiri tak tahu sebab apa dia tak nak bekerja bawah syarikat keluarga dia.” kata Encik Dannish. Sofea mengambil dokumen itu.
“Papa tak pernah tanya dia?” soal Sofea. “Papa pernah tanya dia. Dia tak pernah bagitahu masalah keluarga dia. Cuma dia cakap. Dia nak berdikari.” kata Encik Dannish.
“Abang..Sofea. Minum dulu.” jemput Puan Alisya. Encik Dannish bangun. “Jom.” “Tak apa. Papa minum dulu.” kata Sofea.

“Yasmin. Tolong panggilkan Encik Akram.” arahku. “Baik.”

‘Tok..tok..’ “Masuk..” “Encik Akram dah sampai.” kata Yasmin.
“Encik Dannish dah luluskan pinjaman awak.” kataku lalu menyerahkan dokumen dan sehelai cek.
“Terima kasih.” kata Akram.
Aku melihat wajah kusutnya. Selama dua tahun aku mengenali dia sebagai seniorku, aku tak pernah melihat wajah sekusut ini daripadanya. Apa yang menganggunya.
“Saya minta diri dulu.” katanya. Aku sekadar mengangguk.

“Mama nak cakap dengan Sofea boleh?” soal Puan Alisya.
Aku mengangguk. Puan Alisya masuk ke bilikku. Aku terus menghampiri mama yang mengambil tempat di sofaku.
“Mama dengan papa dah berbincang tentang peminangan tu.” kata Puan Alisya.
Aku hanya memasang telinga mengunci mulutku.
“Mama dengan papa akan terima lamaran tu. Kalau dalam setahun..Fea tak ada sukakan sesiapa.” kata Puan Alisya.
Aku masih membisu.
“Syafiq setuju. Dia tak nak memaksa Fea. Dia bagi masa Fea fikirkan dulu.” sambung Puan Alisya.
“Fea fikirkanlah. Mama takkan memaksa Fea. Mama keluar dulu.” kata mama setelah lama wajahku ditatapnya.
“Mama..”
Mama menoleh.
“Fea sukakan seseorang. Tapi Fea tak tahu Fea patut cakapkannya atau tak. Dia dah berkahwin. Fea kenal dia waktu Fea belajar dekat sana. Dia kawan abang Syafiq.” luahku. Lama perkara ini kupendam sendirian.
“Dia dah berkahwin? Mana Fea tahu?” soal mama.
“Dulu. Ada seorang perempuan yang selalu bersama dengan dia pernah cakap, dia kena berkahwin selepas tamat belajar.” kataku.
“Habis? Diaorang dah berkahwinlah?” soal mama lagi. Aku sekadar mengangguk.
“Tapi mama..tak ada siapa tahu tentang hal ni. Fea terpaksa beritahu mama tentang hal ni. Bukan untuk elakkan rancangan mama dengan papa. Tapi, Fea tak nak menerima abang Syafiq dengan hati Fea milik orang lain.” kataku.
“Lelaki tu tahu Fea sukakan dia?” soal mama. Aku menggeleng. “Hanya Fea, mama dan Allah je yang tahu perkara ni. Kamila sendiri Fea tak beritahu.” kata Sofea.

Akram menghampiri meja makan sahabatnya. “Assalamualaikum.” sapanya.
“Ho..engineer paling sibuk yang pernah aku jumpa dah sampai.” usik Syafiq. Akram ketawa.
“Sindir aku?” Akram mengambil tempatnya.
Syafiq ketawa. “Lama tak jumpa kau. Macamana sekarang?” soal Syafiq.
“Macamana? Macamnilah.” jawab Akram. “Keluarga kau macamana sekarang?” soal Syafiq.
“Aku tak tahulah. Diaorang sibuk dengan hal masing-masing. Aku dah runsing duduk dalam rumah tu.” kata Akram.
“Mak ayah kau sekat kau lagi?” soal Syafiq. Akram sekadar tersenyum pahit.
“Pasti Wardah sedihkan?” kata Syafiq. Akram menyepi. “Mungkin ada baiknya dia tak tengok semua ni. Kalau tak mesti dia serba salah.” kata Akram.
“Kau dah jenguk Wardah?” soal Syafiq lagi. “Minggu lepas. Keadaan dia masih macam tu. Mak dia masih tak nak lepaskan dia.” kata Akram. “Kuat juga Wardah bertahan. Hampir tiga tahun dia tak sedarkan diri.” kata Syafiq.
Akram menghela nafas. “So kau sekarang macamana?” soal Akram. Sengaja dia mengubah topik.
“Ha..Sepupu aku dah balik. Hampir lima bulan.” kata Syafiq. Akram memasang telinga. “Aku pinang dia.” kata Syafiq.
Akram tersentak. “Tapi dia menolak.” sambung Syafiq tanpa menyedari Akram terkejut. “Aku rasa dia ada sukakan seseorang,” sambung Syafiq lagi.
“Kau tak tanya dia?” soal Akram. “Dia bukan jenis jawab. Dia menafikan benda tu.” kata Syafiq. “Lama sembang. Perut aku dah lapar gila.” kata Syafiq. Akram tersenyum.

Kamila menekan kekunci buka Honda CRVnya. “Kamilakan?” sapa seseorang. Kamila menoleh. "Abang Syafiq..” kata Kamila. Syafiq tersenyum kepada Kamila.

“Sekarang sambung belajar lagi?” soal Syafiq. Kamila mengangguk. “Abang Syafiq sekarang macamana?” soal Kamila. Syafiq tersenyum. “Abang sekarang kerja dekat syarikat keluarga. Susah nak lepaskan diri kalau keluarga ada company sendiri. Kamila ketawa. “So. Kamila dah jumpa dengan Sofea?” soal Syafiq. “Kamila baru je balik dari lunch dengan Sofea.” kata Kamila. “Oh ya ke? Erm. Oklah nanti kita kita borak panjang lagi. Abang kena gerak dulu ni.”

Sofea meneliti dokumen peribadi milik Akram.
‘Bujang?’ Bukan dia dah berkahwin..soalku sendirian.
‘Tok..tok..’ “Masuk..” Sofea menutup dokumen itu. “Cik Sofea..meeting..” kata Yasmin.
Sofea mengangguk.

Akram menekan kekunci keretanya. Sekumpulan lelaki menghampiri Akram. Akram menoleh setelah bahunya ditepuk. Sebiji penumpuk tiba tepat dimuka lelaki itu. Akram yang langsung tidak bersedia jatuh di lantai bumi. Lelaki-lelaki itu memukul Akram. Sofea melangkah keluar. “Cik Sofea..” sapa pengawal keselamatan. Sofea tersenyum. Dia berjalan  ke arah tempat parkir. Langkahnya terhenti. “Hoi..!” jerit Sofea. Sekumpulan lelaki itu berhenti memukul Akram. Pengawal keselamatan syarikat itu menghampiri Sofea setelah mendengar Sofea menyergah sesuatu. Lelaki-lelaki itu terus beredar melihat beberapa pengawal datang menghampiri Sofea.


Bab 8

Sofea menutup pintu wad Akram. Akram cedera di bahagian tangan dan kakinya. Sofea menyandar pada dinding. Jam tangannya dikerling. Hampir tiga jam dia menunggu keluarga Akram, seorangpun masih tidak muncul. Telefon bimbit Sofea berdering.

“Assalamualaikum,,” “Fea ok ke?” soal Puan Alisya. “Fea ok. Pekerja papa tak sedarkan diri lagi. Fea tunggu keluarga dia sampai dulu. Nanti Fea balik. mama jangan risau ya.” kata Sofea. “Hati-hati ya. Apa-apa call mama ya.” kata Puan Alisya.

Sofea masuk semula ke dalam wad itu. Pertama kali dia melihat wajah lelaki ini begitu dekat. Sofea pergi ke tingkap wad itu. ‘Mama..mama..’ Sofea menoleh. Lelaki itu… ‘Maafkan Kram..’ kata lelaki itu. Hati Sofea entah kenapa tersentuh tanpa sebab. Aku ingin di samping dia..tapi..dia sudah dimiliki..desis Sofea.

“Assalamualaikum..” ucapku. “Waalaikumussalam..” dihujung talian aku mendengar suara seorang perempuan menjawab salamku. ‘Pasti kak Wardah..’ desisku. “Maafkan saya mengganggu. Saya majikan Encik Akram.” “Akram? Ya kenapa dengan dia?” soal perempuan itu. “Akram masuk hospital. Dia tercedera waktu dia nak balik semalam. Boleh puan datang ke HUKM?” kataku. “Baiklah.”

Tak lama..pintu wad itu dikuak dari luar. Berdebar dadaku. “Assalamualaikum..” ucap seorang perempuan. “Waalaikumussalam..” hairan. Bukan Wardah..tetapi.. “Maafkan saya..puan..?” “Saya mak Wardah.” kata perempuan itu. “Puan Wardah tak datang?” soalku. Wajah perempuan itu sedikit muram. “Macamana Akram boleh tercedera?” soal perempuan separa umur itu. “Ada sekumpulan lelaki pukul dia.” jawabku. Perempuan itu menghampiri Akram. “Maafkan mama..” ucap perempuan itu.

“Dia banyak berkorban tolong mak cik dengan Wardah.” kata perempuan itu. Aku hanya memasang telinga mendengar perempuan itu bercerita.  “Disebabkan anak mak cik menolak perancangan perkahwinan mereka, Akram kena buang keluarga dan papa Wardah terlalu marah selepas tahu perkara sebenar. Wardah menolak sebab dia tahu Akram tak cintakan dia. Disebabkan itu, Akram jadi macam ni. Bukan sesiapapun yang pukul dia. Papa Wardah. Akram dah pernah kena pukul tiga kali termasuk yang ini. Tapi Akram tetap tak nak dakwa papa Wardah sebab, Wardah dah berkorban untuk dia.” Aku memandang wajah perempuan itu. “Akram dengan Wardah tak berkahwin?” soalku. Mak cik itu mengangguk.

Tubuh kurus milik Wardah kaku di atas katil bersama wayar-wayar yang tersangkut ditubuhnya. Simpati aku melihat jasad yang dulunya cantik seperti model. “Dah berapa lama kak Wardah terlantar macam ni?” soalku. “Dua tahun tujuh bulan.” kata mak cik itu. Jari jemari milik Wardah diusapku. ‘Semoga cepat sembuh. Hanya kak Wardah sahaja yang boleh selamatkan Akram.’ kataku sendirian.

Akram tersedar. Aku masuk ke dalam wad Akram. “Encik Akram.” tegurku. Akram memegang kepalanya. “Rehat dulu. Awak tak baik sepenuhnya.” kataku. Akram menoleh ke arahku. “Sofea..” “Rehat dulu. Kalau awak nak apa-apa beritahu saya.” kataku.

“Terima kasih..” ucap Akram. Sofea berhenti mengupas kulit epal. “Dan..minta maaf. Saya menyusahkan awak.” sambung Akram. Sofea menghela nafas lalu potongan buah epal itu diberikan kepada Akram. “Esok awak dah boleh keluar hospital. Nak saya jemputkan ke?” soal Sofea. Akram menggeleng. “Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak lagi.” kata Akram. Sofea mengangguk. “Saya nak keluar dulu. Nak belikan makan tengahari awak.” kata Sofea. “Sofea..” Sofea menoleh ke arahnya. “Terima kasih..” ucapnya sekali lagi.

Sofea menutup pintu keretanya. Mulutnya segera mengucap istighfar. Berdebar jantungnya apabila berdepan dengan lelaki itu. ‘Ya Allah..lindungi aku.’ doa Sofea sendirian.

“Kau tahu cerita terbaru mengenai kak Wardah?” soalku. Kamila menggeleng. “Dia ditahan wad. Hampir tiga tahun tak sedarkan diri.” kataku. “Tak sedarkan diri?” soal Kamila sekali lagi. Aku mengangguk. “Aku baru tahu dua hari lalu. Dan aku pergi melawat dia.” kataku. “Pasti Akram sedihkan?” kata Kamila. “Mereka tak berkahwin.” sambungku. Kamila memandangku. “Aku tahu semuanya daripada mak kak Wardah.” jelasku.

Kamila mengesat air matanya. Mungkin tak patut aku menangisi keadaan kak Wardah. “Mak cik..banyakkan berdoa ya.” ucap Kamila. Aku sekadar memerhati mereka. Aku terus keluar dari wad itu. Langkahku terhenti.

“Sofea..” Aku sekadar menunduk. “Macamana Sofea tahu Wardah dekat sini?” soal Akram.
“Mama kak Wardah cerita semuanya pada saya mengenai kak Wardah dengan awak.” jawabku.
“Jadi Sofea dah tahu semuanya?” soalnya. Aku sekadar mengangguk. “Jadi saya boleh tanya pada awak..pasal pinjaman tu?” soalku.

“Saya buat pinjaman tu untuk pembayaran kos perubatan Wardah.” kata Akram.
“Mak cik tak nak lepaskan kak Wardah ke?” soalku. Akram menggeleng. “Wardah anak tunggal mereka. Wardah senbunyikan penyakit dia selama setahun. Dia tolak perancangan perkahwinan tu pun sebab dia tahu penyakit dia dah teruk.” kata Akram.

[“Tapi..saya tak mengharapkannya. Saya nak sambung pelajaran saya dulu. Mak ayah saya suruh kahwin supaya ada yang menjaga saya.”] Ya, aku ingat kata-kata kak Wardah. Rupanya dia sudah tahu penyakitnya ketika itu.

‘Ya Allah..sembuhkannya..Hanya dia sahaja satu jalan yang boleh memperbaik masalah keluarga mereka.’ doaku.


Bab 9

“Apa pendapat kau tentang Akram?” soal Kamila. Sofea memandang wajah sahabatnya.
“Aku tanya je.” Kamila tersenyum kambing.
“Aku tak tahulah. Aku pun tak kenal dia.” kata Sofea. “Kau tengok dia kerja dengan kau macamana?” soal Kamila lagi.
“Dia bukan kerja bawah aku.” kata Sofea.
“Aku dengar dia ada masalah keluargakan?” entah berapa banyak dia ingin menyoalkan persoalan mengenai lelaki itu.
Aku hanya menjungkil bahu. Bagiku biarlah dia sendiri menceritakan masalahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Sofea terperasan sesuatu daripada sikap sahabatnya semenjak mengetahui Akram tidak berkahwin.

“Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..Sofea..masuklah.” jemput Puan Hasni. Aku menyalam tangan mama Wardah.
Sejak dua menjak ini aku semakin rapat dengan ibu Wardah kerana simpati melihat nasib mereka.
Bagiku tergamak seorang bapa membiarkan anaknya menderita hanya kerana dendam. Aku tak faham dengan dunia sekarang.

“Akram dah mula kerjakan?” soal Puan Hasni. Aku mengangguk. “Dia dah mula kerja semalam. Cuti rehat sebulan katanya cukup. Dia tak mahu lebih.” kataku. “Mak cik terhutang budi dengan Akram. Akram menanggung semuanya hanya disebabkan Wardah menolak perancangan keluarga.” kata Puan Hasni sambil mengusap lembut tangan anaknya.

“Anggap semua ni ujian untuk keluarga mak cik dan dia. Mungkin Allah sedang menaikan tingkat darjat kesabaran mak cik dan dia.” pujukku. Puan Hasni mengangguk.
“Saya nak tanya sesuatu pada mak cik boleh?” soalku. Puan Hasni menoleh ke arahku.
“Mak cik..tak nak lepaskan kak Wardah?” aku memberanikan diri untuk menanyakan hal itu.
Puan Hasni menggeleng. “Bukan mak cik tak nak. Tapi..mak cik tak bersedia untuk kehilangan dia.” kata Puan Hasni.
“Mak cik tak rasa kak Wardah meminta mak cik meredakannya?” kataku.
Puan Hasni menangis. “Mak cik takut. Kalau Wardah dah tak ada. Mak cik akan kembali pada dunia kekejaman mereka.” ucap Puan Hasni. Dunia kekejaman…? Apa maksud wanita ini..

“Usaha Sofea untuk meminta mama Wardah lepaskan Wardah takkan berjaya.” kata seseorang. Langkahku terhenti.
“Akram..” “Jangan buat mama Wardah menangis lagi. Jangan minta dia lepaskan Wardah. Dia takkan sesekali buat.” kata Akram lalu dia beredar.
“Awak sepatutnya yakinkan dia..Sampai bila awak nak tengok keadaan kak Wardah seperti mayat hidup. Satu-satunya cara nak dia tenang. Redakan kepemergiannya. Bukan dengan cara macam ni? Sampai bila awak nak biarkan hidup awak dijauhkan oleh keluarga?” kataku. Akram terus menyambung langkahnya. Aku menggeleng melihat kedegilan lelaki itu.

Hampir sebulan aku langsung tidak menyapa Akram. Dia juga begitu. Mungkin juga dengan cara begitu aku dapat melupakan hatiku terhadapnya.
“Mama..” mama menoleh ke arahku.
“Buatlah mana yang terbaik untuk Fea. Fea takkan dapat memiliki cinta Fea.” kataku.
“Fea dah buat keputusan ke?” soal Puan Alisya.
Sofea mengangguk. “Sofea dah fikir masak-masak..? Tak ada siapa paksa Fea untuk buat keputusan.” kata Puan Alisya.
Sekali lagi Sofea mengangguk. “Mama. InsyaAllah. Keputusan mama dengan papa terbaik untuk Fea.” kata Sofea.


Kamila terkejut. “Kau akan bertunang dengan abang Syafiq?” kata Kamila.
Sofea mengangguk. “InsyaAllah..majlis dua minggu lagi. 12 haribulan. Kau kosongkan tarikh tu.” kata Sofea.
“InsyaAllah.” kata Kamila.

‘Ya Allah..jika ini pilihan yang terbaik untuk aku buat..Kau tenangkan hatiku. Kau kuatkan hatiku. Kau lemahkan hatiku untuknya. Aku mohon ya Allah. Kini bukan dia untuk aku cintai tetapi lelaki yang bakal aku kahwini. Aku mohon padaMu. Hanya Kau pemilik hatiku buat selamanya..’ Sofea tersedu-sedu sendirian. Dia sendiri tidak memahami tangisannya itu untuk apa. Sedih? Gembira? Untuk apa bersedih? Adakah aku gembira dengan keputusan ini.

Syafiq tersenyum lebar. Akram melihat kegembiraan di wajah sahabatnya. Sungguh bahagia kerana cintanya diterima oleh Sofea. “Fiq. Aku pergi bayar bil sekejap.” kata Akram. Syafiq mengangguk.

Akram menghela nafas. Terasa lega apabila tidak melihat wajah gembira itu. Cemburu…? Tak mungkin.

Sofea memasuki ruangan pejabatnya. Sekotak hadiah dibungkus cantik bersama reben merah jambu terhias. ‘Ding Dong..Mesej diterima..’ Belum sempat Sofea mencapai hadiah itu, telefon bimbitnya memberi isyarat mesej masuk.

Ucapan tahniah buatmu..dan bakal pasanganmu..Mungkin hadiah ini tidak seberapa untukmu..tetapi anggaplah ini hadiah kegembiraan untukmu daripadaku..

Hadiah itu kutatap lama. Siapakah pemberi mesej ini dan suatu ketika dia baru masuk ke pejabat.
Kucapai bungkusan itu. Perlahan-lahan reben comel itu kutarik perlahan.

Ya Allah..seutas rantai cantik yang kuidam dahulu ketika aku di Maryland. Ya Allah.. Aku sebak. Ingin menangis sekuat hati.

‘Ya Allah..apa petanda yang Kau berikan kepadaku. Apa ini kesudahanku? Ya Allah berikan aku petunjukMu.’ doaku. Menitis air mataku deras.

Cincin yang dibelek Syafiq terlepas daripada tangannya. ‘Ya Allah…’ Syafiq mengikut rentak cincin itu bergolek jatuh. Cincin itu diambil semula. Sedalam mungkin cincin itu direnung Syafiq.

‘Ya Allah..sedapkan hatiku..’ doa Syafiq.


Bab 10

“Terima kasih atas penerimaan Fea..” ucap mama Syafiq. Air mataku mengalir. Entah mengapa. Puan Farhana mengesat air mataku lalu dahiku dikucup kasih.
Aku menatap lama cincin emas di jari manisku. Apakah ini keputusan yang benar aku lakukan.
Bagaiman dengan pemberi rantai itu. Sudah lama aku menantinya.
‘Ya Allah..apa yang aku lakukan ini. Aku mohon petunjukMu.’

‘Tok..tok..’ Aku menoleh ke arah pintu. “Fea,,” wajah manis sahabatku tersenyum ke arahku. “Masuklah.” jemputku.
“Tahniah..” ucap Kamila. Aku tersenyum. “Mila..kenalkan kawan sekolah aku dulu..Lisa..Busyra.”
Kamila bersalaman dengan sahabat-sahabatku. “Kau datang dengan siapa?” soalku. Kamila tersenyum. “Akram.”
Dadaku tiba-tiba terasa sesak mendengar nama lelaki itu.
“Dia tunggu dalam kereta. Dia ucapkan tahniah dekat kau.” kata Kamila.
Aku mengangguk. “Sekejap tau. Aku terasa nak buang air. Nervous aku tak habis lagi.” kataku.

‘Ya Allah…bantu hambaMu ini. Aku perlukan kekuatanMu. Aku perlukan kekuatanMu..’ air mata aku menitis satu persatu ke lantai bumi.

Akram memasuki wad Wardah. “Kram..” Akram melemparkan senyuman ke arah Puan Hasni.
“Macamana dengan Wardah? Ada respon baik?” soal Akram. Puan Hasni menggeleng.
“Kram..mama nak cakap sesuatu dengan Kram boleh?” soal Puan Hasni. Akram mengangguk.
“Mama nak lepaskan Wardah..” kata Puan Hasni. Akram memandang Puan Hasni.
“Mama rasa..apa yang Sofea cakapkan hari tu ada baiknya. Mungkin dengan cara mama lepaskan Wardah, Wardah lebih tenang. Dan..mama tak nak terus menerus menyusahkan Akram.” kata Puan Hasni.
Akram tersenyum pahit. “Akram akan sentiasa berada di belakang mama. Apa saja keputusan yang baik untuk mama..Akram takkan bantahnya. “Terima kasih.”

Akram menutup pintu rumah banglo mewah Tansri Ismail. “Akram..” Akram kenal dengan suara itu. Hampir tiga tahun dia tidak berjumpa dengan pemilik suara itu.

“Along..” Aqilah memeluk adik tunggalnya. “Maafkan along tinggalkan adik waktu adik ada masalah.” kata Aqilah lalu meleraikan pelukan. Akram sekadar tersenyum. “Bila along sampai? Kenapa tak call Kram?” kata Akram. “Along nak buat surprise dekat adik.” kata Aqilah. “Terima kasih..sebab along balik sekarang.” kata Akram.

“Mama dengan papa sampai bila nak pulaukan Akram. Dah ketentuan Allahkan Akram dengan Wardah tak ada jodoh.” tegur Aqilah. Tansri Ismail ketawa. “Kalau Akram tak tolak. Semua ni takkan terjadi.” kata Tansri Ismail. “Papa sedar tak..papa sekarang ni duduk atas bumi Allah. Papa tak boleh bongkak. Sekejap je Allah boleh tarik balik nikmat-nikmat yang Allah berikan pada papa. Papa kena ingat. Akram masih anak papa.” kata Aqilah. “Kalau anak papa. Dia takkan membantah kata papa dengan mama.” kata Puansri Qistina.

Aqilah sedikit geram dengan sikap ibu dan bapanya. “Papa dengan mama tahu tak Uncle Johari dah tiga kali serang Akram?” Puansri Qistina menoleh ke arah anak sulungnya.

Aqilah ketawa sinis. “Surely mama dengan papa tak tahu. Sebab mama dengan papa langsung tak ambil tahu tentang dia.” kata Aqilah. “What are you try to tell us? “ kata Puansri Qistina. “Baru sekarang nak ambil tahu? Bukan baru-baru ni majikan Akram ada call mama dengan papa?” soal Aqilah. Puansri Qistina membisu. Panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh mereka. “Sekarang mama dengan papa fikirlah sendiri. Kalau Akram lahir daripada perut mama. Mungkin mama akan rasa sayang pada dia. Kalau mama dengan papa nak kehilangan dia buat selama-lamanya, pulaukan dia buat selamanya.” kata Aqilah.

Akram menanti lif tiba ditingkatnya. Langkah Sofea terhenti. Akram menoleh lalu dia menunduk hormat majikannya.

“Tahniah..atas pertunangan cik Sofea.” ucap Akram. “Terima kasih.” sebak terasa di dadanya. Hanya ucapan terima kasih mampu diucapkan kembali. “Petang ni pengebumian Wardah. Terima kasih sebab dapat meyakinkan mama Wardah.” kata Akram. Sofea sedikit terkejut. “Mak cik dah lepaskan?” soal Wardah. Akram mengangguk. “Mereka akan kebumikan Wardah petang ni. Saya mungkin tak dapat nak datang sebab saya bukan keluarga dia.” kata Akram. “Awak tak boleh terus menerus menyembunyikan diri daripada mereka. Mama kak Wardah akan bantu awak.” kata Sofea.

‘Ting..’ pintu lif terbuka. “Saya wakilkan awak untuk pergi menziarahi mama. Mungkin awak dapat menenangkan hati dia.” kata Akram lalu memberi laluan kepada Sofea. Sofea melihat wajah lelaki itu lalu dia masuk ke dalam lif. Akram sekadar tersenyum.

Senyuman itu aku tahu..bukan senyuman gembira tetapi..penuh dengan kedukaan.

Bacaan tahlil di tanah perkuburan itu sayu dan hiba. Sedih hatiku melihat Puan Hasni menahan tangisnya di hadapan kubur anaknya. ‘Ya Allah..Kau tabahkan hatinya. Kau ampuni segala dosa kak Wardah..Kau tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.’ doaku sendirian. Aku memeluk Puan Hasni setelah tahlil selesai dibacakan.
“Semoga Allah menambahkan darjat keimanan mak cik..Ini ujian untuk mak cik. Mak cik banyak-banyakkan bersabar.” ucapku kepada Puan Hasni. “Terima kasih nak.” kata Puan Hasni.

Langkahku terhenti melihat seorang lelaki berdiri jauh dari kubur itu. Daripada susuk tubuh lelaki itu aku mengenalinya. Akram..dia juga menghantar kepemergian Wardah Suraya. Aku terus bergerak ke tempat parkir. Hiba melangkah meninggalkan tempat itu dan dia..


Bab 11

Kring..Kring..
Aku berlari mendapatkan telefon bimbitku. Nombor yang aku tidak kenali.
“Assalamualaikum..”
“Cik Sofea..ada kakitangan kita masuk hospital. Kemalangan jalanraya.” kata Yasmin.
“Kemalangan? Siapa?” soalku.
“Akram Hazril.” ‘Ya Allah..apa pula musibahMu kali ini.’ dadaku sesak. Panggilan tadi dimatikan. Hanya ucapan istighfar menjadi penemanku ketika memandu. ‘Ya Allah..selamatkan dia..’ doaku.

“Wad Akram Hazril..Mangsa kemalangan hari ni.” kataku kepada jururawat bertugas.
“Encik Akram sedang dirawat di dalam billik kecemasan.” kata jururawat itu. Aku berlari anak. Bimbang. Ya Allah..hatiku terlalu membimbanginya.

Langkahku terhenti apabila melihat seorang doktor sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan di hadapan bilik kecemasan. Barangkali orang yang membawa Akram ke hospital. Tapi…kenapa dia menangis teruk?
“Cik..” perempuan itu menoleh ke arahku. “Akram..komma..” katanya. Sekali lagi dadaku terasa sesak. Pernafasanku tersangkut-sangkut.

Terpinar-pinar aku melihat sekelilingku. Kelihatan wajah mama..papa..
“Fea..” mama memanggilku.
“Fea dekat mana ni?” soalku. “Fea dekat hospital. Fea pengsan tadi.” kata mama. Aku bangun perlahan.
“Macamana dengan Akram ma?” soalku. “Papa baru jenguk dia. Doktor tak bagi pengesahan apa-apa lagi.” kata mama.
“Fea..nak pergi jenguk dia boleh?” soalku. “Fea reahat dulu. Nanti kita jenguk dia ya.” kata mama.

Syafiq menutup pintu wad Sofea. ‘Akram..lelaki yang dia cintai selama ini.’ detis Syafiq.

Aqilah menggenggam jari jemari Akram. “Dik..jangan tinggalkan along.” kata Aqilah sendirian.

[“Hentakkan kepala Encik Akram terlalu kuat sehinggakan dia tidak dapat menyedarkan diri buat sementara ini. Puan banyakkan berdoa untuk Encik Akram..Jika diizinkan Allah..Encik Akram akan sedar dalam masa yang terdekat.”]

[“Akram teringin nak tengok mama dengan papa macam dulu. Tak terlalu membongkak diri. Dan maafkan Akram.”] Aqilah tersedu-sedu menangis teringatkan luahan adiknya kelmarin.
‘Ya Allah..aku mohon..Kau tunaikan hajatnya..Aku mohon ya Allah..’ doa Aqilah sendirian.

Aqilah melutut di hadapan ibu dan bapanya. “Mama..papa..seumur hidup Qilah..Qilah tak pernah minta apa-apapun daripada mama dengan papa. Ini kali pertama Qilah minta ma..pa..Qilah minta sangat-sangat..Tolong ziarah Akram sebagai anak. Bukan bahan niaga. Qilah mohon. Qilah tak kisah kalau Qilah jadi bahan niaga papa dengan mama..tapi tolong..ziarah Akram.” kata Aqilah tersedu-sedu. “Dia bukannya mati pun. Doktor kata dia ada peluangkan?” kata Tansri Ismail. “Pa. Ajal maut bukan di atas tangan doktor pa.. Semua ketentuan Allah. Qilah tak nak papa dengan mama menyesal kalau satu hari nanti, papa dengan mama dah tak sempat nak jumpa Akram. Papa dengan mama kena ingat. Semua ni milik Allah yang abadi.” kata Aqilah lalu dia beredar meninggalkan kedua orangtuannya.

Sofea membaca surah Yaasin di hadapan jasad Akram. Harapannya semoga Akram sembuh. Dia tak mahu Akram meninggalkan dunia ini sebelum sempat menyalam tangan kedua ibu bapanya.

“Cik Sofea..” sapa Aqilah. Sofea menoleh. Buku surah pilihan itu disimpan setelah lama dipegang. “Cik Sofea tak sibuk ke? Tak mengganggu cik Sofea?” soal Aqilah. Sofea menggeleng. “Sekarang masa saya rehat. Saya jenguk dia sekejap.” kata Sofea. “Terima kasih..sebab sudi datang.” kata Aqilah. Sofea sekadar tersenyum.

Sofea menyambut huluran tangan Aqilah. “Terima kasih..bacakan Yaasin untuk Akram.” ucapnya. Aku sekadar mendengar. “Alangkah baiknya kalau ibu bapa kami yang membacakan Yaasin di sebelah Akram. Mesti Akram gembira.” kata Aqilah. “InsyaAllah..Allah akan bukakan hati mereka. Akak jangan bimbang.” kata Sofea. Aqilah mengangguk. “Kalau Sofea sudi..datanglah lagi.” kata Aqilah. “InsyaAllah..”

Harrier Hitam milik Syafiq tersadai di garaj rumahku. Hairan juga. Syafiq jarang mengunjungi rumahku tanpa menelefonku. Segeraku melihat telefon bimbitku. Takut-takut dia ada menelefonku.

“Assalamualaikum..” ucapku sebaik kaki kananku menjejak lantai rumah. “Waalaikumussalam..” kelihatan mama dengan Syafiq sedang berborak menanti kepulanganku. “Bila abang Syafiq sampai?” soalku. “15 minit sebelum Fea balik.” jawab mama. “Erm. Boraklah. Mama nak sediakan makan malam. Syafiq makan sini ya.” kata mama. “InsyaAllah..” katanya.

Aku menanti abang Syafiq berbicara. Daripada riak wajahnya. Ada sesuatu yang mengganggunya.

“Abang Syafiq ada masalah ke?” soalku. Syafiq menggeleng. “Abang nak lepaskan Fea..” kata Syafiq. Aku tersentak. “Apa yang abang merepek ni?” soalku. “Abang tak nak Fea bohong diri Fea sendiri. Mungkin ada baiknya. Fea luahkan perasaan Fea. Jangan pendamkan lagi perasaan tu.” kata Syafiq. “Abang cakap apa ni? Perasaan apa?” soalku lagi. Aku benar-benar tidak mengerti. “Sofea..sukakan Akramkan?” Aku terkedu. “Sofea bukan jenis risaukan seorang lelaki melainkan Sofea sayang pada dia.” kata Syafiq. Dia kenal benar dengan Sofea. Aku hanya membisu. “Abang tak nak paksa Fea. Abang tak tahu keputusan Fea untuk terima abang atas sebab apa…” “Abang jangan merepek lagilah. Jangan anggap yang bukan-bukan. Fea terima abang disebabkan hati Fea. Mungkin betul sangkaan abang, Fea sayangkan Akram. Tapi mungkin bukan jodoh Fea dengan Akram. Allah tak makbulkan hati Fea untuknya.” pintaku. “Sofea…” “Fea tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau abang tak nak teruskan pertunangan ni. Terserah. Tapia bang jangan buat kesimpulan yang tak masuk akal.” tegasku.

Benar hatiku memang milik Akram. Tetapi kini aku cuba sedaya upaya untuk menyintai Syafiq apa adanya. ‘Ya Allah..apa yang aku lakukan ini..Bantu aku ya Allah..Aku mohon..’


Bab 12

Puan Hasni menziarahi Akram yang masih tidak menyedarkan diri. Hiba hatinya melihat lelaki yang banyak membantunya dan arwah Wardah.

“Mama dengan papa masih tak dapat melawat lagi?” soal Puan Hasni. Aqilah menggeleng.
Auntie minta maaf. Mungkin disebabkan keluarga kami, Akram menanggung semuanya.” kata Puan Hasni.
Aqilah memegang tangan Puan Hasni. “Keluarga auntie tak bersalah. Mungkin ini ujian yang Allah berikan kepada kami.” kata Aqilah.

“Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..Fea..ada apa call ni?” kata Kamila. “Kau tahu berita tentang Akram?” soalku. “Tentang apa?” soal Kamila. Akram kemalangan.” kata Sofea. ”Apa kau cakap ni? Siapa yang kemalangan?” soal Kamila lagi.

Kamila menyalam tangan Aqilah. “Terima kasih datang.” ucap Aqilah. “Macamana keadaan Akram?” soal Kamila. “Dah tiga hari dia tak sedarkan diri. Kata doktor, hentakkan kepala dia teruk.” kata Aqilah. Sofea menutup pintu wad itu. Aqilah menoleh. “Kamila duduklah dulu. Akak nak keluar sekejap.” kata Aqilah. Kamila mengangguk.

“Sofea tak nak masuk?” Aku tersentak lalu kutoleh ke belakang. “Akak.” Aqilah duduk di sebelahku. “Sofea kenal dengan Akram waktu dekat Maryland lagikan?” soal Aqilah. Aku mengangguk. “Saya tak kenal sangat dengan Akram. Cuma dia pernah tolong saya dulu.” kata Sofea. “Sofea tahu sebab apa perkahwinan mereka dibatalkan?” kata Aqilah. Aku memandang wajah Aqilah. Dia mirip dengan Akram. Memang adik beradik cantik dan kacak.

“Dia..sukakan orang lain.” kata Aqilah. Sofea hanya mendiamkan diri. “Dia kata budaknya pakai tudung. Manis. Pandai jaga batas antara dia dengan bukan mahram dia.” sambung Aqilah. “Wardah dapat tahu hal ni selepas Wardah batalkan perkahwinan tu. Akram..langsung tak tahu mengenai perancangan perkahwinan tu dibatalkan. Wardah buat keputusan tu seorang diri. Papa marah sebab papa sangka..Akram yang batalkan perkahwinan tu dengan menggunakan Wardah. Bila Akram dapat tahu perkara tu, dia minta Wardah batalkan niat dia untuk hentikan perancangan perkahwinan tu. Wardah beritahu yang dia sakit. Dia tak nak terus menerus menyusahkan Akram. Dan akhirnya, Wardah jatuh sakit. Dan dia komma sebelum menjelaskan semuanya pada keluarga kami dan dia. Dan sampai sekarang..Akram hanya mendiamkan diri dan mereka menyalahkan Akram di atas maruah keluarga dan apa yang terjadi pada Wardah.” kata Aqilah.

“Akak tak nak beritahu keluarga akak tentang hal tu?” soalku. “Akak tak tahu akak perlu beritahu ataupun mendiamkan diri. Akram tak izinkan akak beritahu hal ni pada mereka. Akak tak tahu apa niat Akram untuk menyembunyikan semua tu.” kata Aqilah. “Dia tak nak orang menyalahkan arwah kak Wardah.” kataku. Aqilah tersenyum. “Ada juga orang yang memahami dia.” kata Aqilah. Kamila keluar. “Fea..kak Qilah..” Kami menoleh. Perbualan kami tergantung tiada pengakhirannya.

Aku duduk di kerusi halaman rumahku. “Maafkan abang..” kata Syafiq. Aku menoleh ke arah Syafiq. “Mungkin tak patut cakap macam tu dekat Fea.” kata Syafiq. “Fea tak salahkan abang.” kataku. “Tapi..abang masih terbuka kalau Fea..tak nak teruskan perkahwinan kita.” kata Syafiq. “Jomlah masuk..dah siap kot makan malam.” sengaja aku menukar topik. Aku terus melangkah masuk. Syafiq menghela nafas. Dia tahu Sofea tidak suka bercerita mengenai hal itu.

Assalamualaikum..Untuk mama dengan papa. Maafkan Akram. Mungkin Akram banyak buat salah pada mama dengan papa. Dan mungkin Akram tak dapat menjadi anak yang terbaik untuk mama dengan papa. Akram tak sehebat angah. Angah dapat menjalankan tanggungjawab dia sebagai anak dengan baik. Berbeza dengan Akram. Maafkan Akram. Jika takdir Allah menarik nyawa Akram setelah ini..Akram mohon satu perkara pada mama dengan papa..Jika Akram meninggal..bacakan Yaasin dan tahlil untuk Akram..Terima kasih kerana menjaga Akram sehingga Akram dewasa. Moga Allah mengampuni dosa mama dengan papa..InsyaAllah. Jaga along baik-baik. Mungkin dia satu-satunya anak mama dengan papa yang masih hidup.’ 

Berderai laju air mata Puansri Qistina membaca surat anak bongsunya. Tansri Ismail tetap dengan keegoannya. “Dah puas mama dengan papa biarkan adik menderita? Dia langsung tak buka mulut tentang apa yang berlaku. Perkahwinan tu semuanya dibatalkan sebab Wardah sakit. Wardah tak nak teruskan sebab tak nak menyusahkan kita. Akram tak nak kita menyalahkan Wardah atas maruah mama dengan papa jatuh, dia yang tanggung semuanya. Tapi apa mama dengan papa buat dekat Akram? Menyalahkan dia. Biarkan dia kena pukul dengan keluarga Wardah. Ni ke balasan untuk anak mama yang selalu mengikut kehendak mama dengan papa?” tersedu-sedu Aqilah menegur ibu bapanya.

“Maafkan mama..” ucap Puansri Qistina sebaik Aqilah ingin beredar. “Minta maaf pada Akram ma..Mama banyak-banyakkan bertaubat dan berdoa untuk Akram sebelum Akram tinggalkan kita semua.” kata Aqilah.

Sofea keluar daripada keretanya. Entah apa pula kakak Akram ingin berjumpa dengannya. Sofea berjalan menuju ke wad Akram.

Langkahku terhenti. Kenapa dadaku terasa sesak, tak boleh bernafas. ‘Ya Allah…’ desisku. Segera aku istighfar apabila bayangan karut menyelinap masuk ke dalam mindaku. Aku mempercepat langkahku.

Ya..ini yang menyelinap masuk ke dalam mindaku tadi. Mengapa ada seorang makcik menangis di luar pintu wad itu. Bagaimana pula dengan pakcik itu. Mengapa dia terjelepok di atas lantai hospital. Apa semua ini..? Langkahku terhenti. Tak ingin aku meneruskan langkahku yang tinggal sedikit untuk sampai ke wad lelaki itu.

“Sofea…” panggil seseorang sebaik aku mengatur langkah untuk beredar. “Sofea…” sekali lagi namaku dipanggil. Nadanya kini sedikit berlainan. Aku tak ingin menoleh apatahlagi mendengar perkhabaran oleh suara itu. Tanganku dicapai sebelum sempat aku mengatur langkah untuk beredar. “Akram dah..tinggalkan akak..dah tinggalkan kita semua..” kata Aqilah. Dadaku sesak. Kaku. Akhirnya aku jatuh ke lantai bumi. “Sofea…Sofea…”

Tiada suaraku dengar lagi. Hanya bayangan hitam yang kulihat kini. ‘Ya Allah..tariklah nyawaku untuk digantikan dengannya..’


Bab 13

‘Assalamualaikum..Mungkin setelah surat ini dibaca..aku sudah siap dikafankan dan dikebumikan. Maaf jika surat ini mengganggu Sofea. Hanya satu ingin aku katakan kepada Sofea. Terima kasih kerana sudi menerima pemberian seutas rantai yang aku berikan kepadamu. Mungkin benar kata Sofea dahulu..Biarkan cinta pertama kita hanya untuk Allah..dan manusia menjadi cinta terakhir kita. Dan sehingga kini aku masih berpegang pada kata Sofea..Cinta terakhirku untukmu..Sofea Humaira. Terima kasih kerana membahagiakan aku walaupun untuk sementara waktu. Hanya Allah dan dirimu mengetahui cinta terakhirku milik siapa..Pelihara cintamu sebelum ia menjadi fitnah dunia. Doakan aku berada dalam kalangan orang yang beriman..Ampunkan silapku selama menjadi seorang manusia di muka bumi ini. Kau simpan rahsia ini sehingga akhir hayatmu..Mungkin selepas aku berjumpa dengan papa Wardah..aku tidak lagi akan bertemu dengan keluargaku mahupun dirimu..Maafkan mereka kerana tersasau dari jalanNya..~Akram Hazril~’

Mengalir deras air mataku memeluk surat terakhir itu. Aku dapat merasai betapa perit memendam sendirian perasaan itu. ‘Ya Allah..Kau tabahkan hatiku. Aku terasa bahagia di dalam duka apabila mengetahui cinta terakhirnya untukku. Ya Allah..Kau ampuni segala dosa-dosanya di muka bumiMu ya Allah..Moga segala kebaikan yang dia lakukan dibalas kebaikan olehMu.’ doaku.

Mama memelukku. “Terima kasih ma.” ucapku. “Maafkan mama..” mama menahan sebak di dada. Mungkin tak mahu melihat aku bertambah sedih. Papa mengusap kepalaku yang dibaluti tudung. Aku tersenyum pada papa.

“Maafkan Fea..” ucapku kepada Syafiq. Syafiq tersenyum manis. Syukur dia memahamiku. “Moga abang dapat berjumpa dengan orang yang lebih baik.” ucapku. “Jaga diri.” pesannya. Aku sekadar mengangguk.

Perjalananku masih panjang untuk meneruskan hidupku. Pemergiannya, kureda dengan seikhlas hati. Mungkin takdir Allah membawa dia pergi. Aku akan biarkan dia bersemadi di dalam hatiku untuk cinta terakhirku.

‘Ya Allah..Kau tempatkannya dalam kalangan orang yang beriman..’

‘Dush..’ “Maafkan saya..” Sofea menoleh ke arah lelaki yang melanggarnya. Lelaki itu membantuku untuk bangun. Aku kaku, terkedu. ‘Ya Allah..wajahnya..’
“Cik tak apa-apa?” soal lelaki itu. Aku menggeleng. Dia menghulurkan passport dan tiketku. “Terima kasih..” ucapku. Lelaki itu hanya tersenyum lalu dia beredar.

‘Ya Allah..cinta terakhirku sudah bersemadi bersamanya..’ Aku terus melangkah ke pintu masuk. Selamat tinggal semua kenanganku. Moga bersemadi bersamanya…

~by: Narahiko11~

0 ulasan:

Catat Ulasan